My Add

Thursday 13 December 2012

Kerjasama tangani risiko kewangan - Zeti

KUALA LUMPUR, RABU, 12 Disember, 2012: Satu platform kerjasama antarabangsa perlu diperkenalkan bagi memudahkan penyelarasan dan tadbir urus dasar yang berkesan untuk menangani risiko kewangan dalam menghadapi liberalisasi kewangan yang semakin meluas.

Ketika membuat saranan itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, walaupun terdapat pelbagai reformasi kewangan untuk memperkukuh daya tahan sektor kewangan global tetapi penggubalan dasar yang merentas sempadan belum meluas.

Untuk mempermudah tindakan membuat keputusan dasar yang berkesan, kata Zeti, perlu ada platform dan proses tadbir urus bagi penyelarasan dasar di semua agensi dalam sesebuah ekonomi.

Beliau berkata, ia seterusnya perlu diperluaskan bagi tindakan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment