My Add

Tuesday 25 December 2012

Kertas siasatan isu balak diserah kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Disember, 2012: Kertas siasatan berhubung kerakusan aktiviti penebangan balak bagi tujuan pembangunan di kawasan tadahan air Gunung Inas dan Pedu di Kedah akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat bagi tujuan pendakwaan.

Sumber Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan kepada Utusan Malaysia, terdapat banyak pelanggaran syarat alam sekitar di sebalik keputusan Kerajaan Pas Kedah membenarkan kedua-dua kawasan yang diwartakan sebagai tadahan air itu dibangunkan.

Paling utama katanya, ketiadaan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dalam projek pembangunan di Gunung Inas sedangkan perkara itu merupakan prasyarat utama sebelum sebarang keputusan membangunkan kawasan sensitif atas apa alasan sekalipun diluluskan.

"Ketika ini kita sedang melengkapkan siasatan sebelum dihantar kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan dalam masa terdekat kerana JAS dapati terdapat pelanggaran syarat yang serius dalam kedua-dua projek pembangunan di Gunung Inas dan Pedu ini. -N UTUSAN

No comments:

Post a Comment