My Add

Thursday 20 December 2012

Kes kemalangan ulang-alik meningkat dalam tempoh 5 tahun: Maznah

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012:: Kadar kemalangan ketika berulang-alik membabitkan pekerja meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata, tahun ini sebanyak 25,000 kes kemalangan semasa berulang-alik ke tempat kerja direkodkan di seluruh negara setakat Oktober lalu, berbanding 24,809 kes tahun sebelumnya.

"Sebanyak 19,041 kes kemalangan direkodkan pada 2008 dan menunjukkan peningkatan untuk tahun-tahun seterusnya apabila pada 2009, sebanyak 20,810 kes dicatatkan manakala 22,036 kes pada 2010," katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Maznah berkata, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 3,422 kes membabitkan kematian dan 31,054 kes menyebabkan kecederaan hilang upaya kekal dilapor.

Pada 2008, katanya, 728 kes kematian dicatatkan, 759 kes pada 2009, 720 kes (2010), 805 kes (2011) dan sehingga 31 Oktober tahun ini, jumlah kematian menurun kepada 410 kes.

Bagi bilangan kes kecederaan hilang upaya kekal pula, Maznah berkata sebanyak 5,559 kes direkodkan pada 2008; 6,313 kes pada 2009; 6,934 kes (2010), 7,305 kes (2011) dan sehingga tempoh berakhir Oktober lalu, 4,943 kes dicatatkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment