My Add

Tuesday 18 December 2012

Kes Kugan: Polis ikut bedah siasat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, beliau tetap berpegang kepada laporan bedah siasat pertama yang dibuat ke atas mayat tahanan, A. Kugan meskipun terdapat laporan kedua.

Ini kerana, selepas mayat Kugan diserahkan kepada keluarga tahanan terbabit untuk urusan pengkebumian, Khalid berkata, pihaknya tidak tahu apa yang telah dilakukan terhadap tubuh mendiang.

Khalid berkata demikian di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ketika beliau diminta mengulas lanjut mengenai kesan-kesan kecederaan yang dialami si mati.

Tambahan pula menurut Khalid, mayat Kugan telah diarak ke sana ke mari sebelum seorang pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sanggup mengendalikan bedah siasat buat kali kedua. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment