My Add

Friday 7 December 2012

Kes sumbang mahram dibicara semula

PUTRAJAYA, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang pekerja kontrak dibicara semula di Mahkamah Sesyen Taiping, Perak atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan adik iparnya yang masih di bawah umur, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir lelaki berusia 28 tahun itu. Ketika kejadian, mangsa berusia 15 tahun.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki berpuas hati bahawa prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi yang dijalankan oleh Mahkamah Sesyen pincang dan tidak mengikut nas undang-undang.

Sehubungan itu, kuorum tersebut mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 13 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali manakala perayu tidak diwakili peguam bela. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment