My Add

Tuesday 4 December 2012

Keselamatan akan tergugat - Shahrizat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 Disember, 2012: Cadangan pakatan pembangkang untuk membekukan pengambilan anggota baru polis disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab kerana akan menggugat keselamatan awam terutama golongan wanita dan kanak-kanak.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, ini kerana keselamatan wanita dan kanak-kanak merupakan perkara mustahak dan pelbagai cabaran perlu diharungi oleh pihak polis dalam memastikan golongan ini sentiasa terpelihara.

“Saya melihat cadangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar itu dibuat tanpa memikirkan secara mendalam kesannya kepada keselamatan negara.

“Saya risau jika cadangan ini dilaksanakan, keselamatan mereka akan tergugat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah ketika berucap dalam ceramah umum di Taman Muhibbah, Kampung Ara Payung, Batu Gajah, Perak, Ahad lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment