My Add

Tuesday 18 December 2012

Ketua Hakim Negara sampaikan syarahan di UiTM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria buat julung kalinya akan menyampaikan syarahan perdana di Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Rabu ini.

Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM, Prof. Madya Datin Saudah Sulaiman berkata, sebagai Profesor Adjung, Arifin akan memberikan kuliah dan seminar dalam satu program yang dianjurkan fakulti berkenaan.

"Selain Arifin, Fakulti Undang-Undang UiTM juga melantik beberapa lagi tokoh undang-undang terkemuka sebagai Profesor Adjung dan Konsultan Kehormat,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Profesor Adjung di fakulti itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; pengamal guaman, Datuk Johari Tun Abdul Razak dan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Dr. Mohd. Naim Mokhtar dan Konsultan Kehormat Fakulti Undang-Undang, Datuk Salehuddin Saidin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment