My Add

Friday 14 December 2012

Khalid ego tolak analisis JP Morgan

SHAH ALAM, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak analisis sebuah firma bank pelaburan, JP Morgan bahawa kedudukan pasaran ekuiti dan ekonomi Malaysia pada tahun depan dijangka terus positif sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal mentadbir negara ini menunjukkan beliau mempunyai sifat yang ego.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, selama ini Abdul Khalid begitu bermegah dengan pelbagai laporan seperti audit melibatkan firma antarabangsa dan sering menunjukkan beliau adalah seorang ahli korporat yang hebat.

“Beliau mana pernah hendak terima pendapat orang lain kerana merasakan dirinya adalah seorang ahli korporat yang hebat. Apa yang suka dipakai ialah pandangan daripada pakar-pakar antarabangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment