My Add

Wednesday 19 December 2012

Kolej Felcra perlu ada nilai tambah - Shafie Apdal

*MOHD. Shafie Apdal (dua dari kanan) bersama Tajuddin Abdul Rahman (dua dari kiri) dan Juzilman Basir (kanan) dan Abdul Fattah Abdullah mengibarkan Jalur Gemilang dalam Majlis Pengurusan dan Kakitangan Felcra Berhad Bersama Menteri di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/aZLIZA hAILANI

KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Disember, 2012: Kolej Felcra yang akan dibina di Changkat Lada, Seberang Perak tahun depan bakal menumpu kepada bidang pertanian, perladangan dan keusahawanan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mohd. Shafie berkata, beliau mahu melihat arah perjalanan kolej itu berbeza dengan universiti tempatan lain dan yang paling penting ia dibuat berdasarkan kepentingan Felcra.
"Saya yakin ia akan memberi nilai tambah kepada Felcra. Kerajaan mahu melihat hala tuju Felcra menjadi lebih mantap dan telah menambah bajet kepada Felcra daripada RM124 juta tahun ini kepada RM244 juta untuk 2013," katannya kepada pemberita selepas Majlis Pengurusan dan Kakitangan Felcra Berhad Bersama Menteri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment