My Add

Wednesday 12 December 2012

Konsert The Jacksons di Stadium Negara Khamis ini

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Kumpulan The Jacksons yang popular pada tahun 1960-an dan 1970-an melalui lagu-lagu berirama pop, soul, disko dan R&B bakal mengadakan konsert Unity Tour bertempat di Stadium Negara Khamis ini.

Kumpulan yang asalnya dianggotai oleh lima beradik iaitu Jackie, Jermaine, Marlon, Tito dan mendiang Michael Jackson itu dikenali di seluruh dunia melalui lagu-lagu seperti I'll Be There, 123 dan I Want You Back.

Menurut Jackie, pihaknya amat berharap peminat-peminat di negara ini akan hadir menyaksikan konsert mereka.

"Kami akan memberikan yang terbaik dan menyanyikan pelbagai lagu popular kami termasuklah lagu-lagu Michael.

"Pada malam konsert itu juga, kami akan mengadakan sesi tribute khas untuk adik kami dan tunjukkan gambar-gambar lama bersamanya," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Tiket-tiket berharga RM198, RM298, RM398 dan RM498 boleh didapati dengan melayari laman web www.ticketpro.com.my. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment