My Add

Friday 14 December 2012

Konsert mini 'Selamatkan Gaza' di Laman Santai

Oleh HASNURUL MOHAMED

KUALA LUMPUR,, JUMAAT, 14 Disember, 201: Dalam usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza, Malaysian Intelligence Meters Sdn. Bhd. (MiM) dengan kerjasama Vintage Gear Enterprise menganjurkan konsert mini amal `Selamatkan Gaza’ bertempat di Laman Santai, Istana Budaya, esok.

Konsert mini amal itu akan bermula pada pukul 2 petang sehingga 11 malam dengan membariskan beberapa artis indie termasuk Andy Flop Poppy.

MiM dalam kenyataan di sini hari ini berkata, konsert mini amal itu akan mengenakan bayaran sebanyak RM10 setiap seorang dan boleh dibeli di pintu masuk Laman Santai.

“Daripada RM10, RM7 adalah dalam bentuk kupon makanan dan minuman yang boleh digunakan sepanjang hari manakala RM3 lagi akan disalurkan terus ke dalam tabung `Selamatkan Gaza’.

“Semua kutipan yang dibuat akan diserahkan kepada Aman Palestin Bhd. (Aman Palestin)," katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak penganjur percaya orang ramai akan memberi sambutan terhadap konsert amal tersebut kerana selain Andy Flop Poppy, terdapat 14 artis lain yang akan mengambil bahagian termasuk Bloodshed, Al-Farabi, The Malayan, Subculture, Braveheart dan M.I.M Band.

“Setiap artis akan muncul membuat persembahan selama setengah jam," jelas kenyataan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment