My Add

Thursday 20 December 2012

Korban bot karam meningkat 10 orang

KOTA TINGGI, RABU, 19 Disember, 2012: Angka korban bot karam di Teluk C, Bandar Penawar dekat sini meningkat kepada 10 orang apabila dua lagi mayat rakyat Indonesia ditemui hari ini selepas lapan daripada mereka dijumpai semalam.

Utusan Malaysia difahamkan dua lagi mayat ditemui kira-kira 300 meter dari kampung nelayan di kawasan tersebut oleh penduduk.

Antara maklumat terbaru yang diperoleh, dua daripada empat wanita dewasa yang maut dalam insiden ini sedang sarat mengandung dan kedua-dua bayi yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada kandungan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Che Mahazan Che Aik berkata, setakat ini hanya dua mangsa yang dapat dikenal pasti iaitu Ahmad Marwin Ajmain Amrulla, 33, dan Norhasanah Nafi, 14, manakala lapan yang lain tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment