My Add

Tuesday 18 December 2012

Korban cuaca sejuk di Ukraine meningkat 37 orang

KIEV, SELASA, 18 Disember, 2012: Sebanyak 19 orang meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Ukraine dalam tempoh 24 jam dengan suhu mencecah negatif 20 darjah Celsius, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 37 orang bulan ini.

Kira-kira 190 orang telah mendapatkan rawatan akibat hipotermia dan luka beku manakala 162 orang telah dimasukkan ke hospital, kata kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini.

Bekas negara Soviet yang berada dicelahan Rusia dan Kesatuan Eropah telah dilanda kesejukan melampau dan ribu salji yang menyebabkan hampir 600 kampung terputus bekalan elektrik minggu lalu.

Suhu menjunam sehingga negatif 16 darjah Celsius di tengah dan selatan negara itu dan negatif 23 darjah Celsius di timur wilayah Lugank.

Kementerian kecemasan Ukraine berkata, pihaknya membuka lebih 200 pusat perlindungan di seluruh negara. - AFP

No comments:

Post a Comment