My Add

Friday 14 December 2012

Korea Selatan temui serpihan roket Korea Utara

SEOUL, JUMAAT, 14 Dismber, 2012: Angkatan Tentera Laut Korea Selatan menemui serpihan roket jarak jauh Korea Utara yang kemudiannya dianalisis untuk memastikan tahap kepakaran balistik, kata Kementerian Pertahanan hari ini.

"Serpihan itu dijangka menjadi bahagian penting membabitkan maklumat bagi menentukan keupayaan roket Korea Utara," kata jurucakap kementerian terbabit, Kim Min-Seok.

Serpihan yang ditemui ialah tangki minyak dengan tertera nama roket “Unha-3”.

Analisis terbabit akan dikendalikan pasukan pakar awam dan tentera serta pakar Amerika Syarikat dalam teknologi peluru berpandu Soviet. - AFP 


No comments:

Post a Comment