My Add

Sunday 9 December 2012

Krisis kewangan KUIN parah

Oleh SAHBULAH DARWI
 *SEBAHAGIAN kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berdemonstrasi 
secara aman selepas membuat laporan polis mengenai dakwaan pecah amanah 
di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar, Kedah, semalam. - 
MINGGUAN/HALIM KHALID

ALOR SETAR, SABTU, 08 Disember, 2012: Krisis kewangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) semakin parah apabila kira-kira 300 kakitangan yang diwakili lapan rakan sekerja mereka membuat laporan polis hari ini mendakwa berlaku pecah amanah dalam pengurusan kewangan kolej itu.

Laporan itu mendakwa, pecah amanah berlaku apabila Kuin tidak membuat pembayaran wang para pekerja kepada agensi ketiga walaupun pemotongan gaji dilakukan dalam slip gaji setiap bulan.

Seorang kakitangan yang ditemui selepas membuat laporan polis itu berkata, walaupun wang kakitangan dipotong tetapi Kuin gagal membuat bayaran hingga berlarutan dalam tempoh tiga hingga enam bulan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment