My Add

Sunday 9 December 2012

Kumpulan Utusan raih 4 anugerah Maritim Malaysia

 *KETUA Meja Jenayah Utusan Malaysia, Suffian Abu Bakar (tiga,kiri) bersama
 para pemenang Anugerah Maritim Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa, PICC, Putrajaya, malam tadi.
PUTRAJAYA, SABTU, 08 Disember, 2012: Wartawan Utusan Malaysia, Mohd. Rafie Azimi memenangi Anugerah Penulisan Rencana Maritim Terbaik - Akhbar sempena Malam Penghargaan Media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Rencana beliau bertajuk Kesiapsiagaan Maritim Malaysia merangkul pingat, sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.

Dalam pada itu, akhbar Utusan Malaysia memenangi tempat kedua bagi Anugerah Akhbar Terbaik dengan menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM700.

No comments:

Post a Comment