My Add

Tuesday 11 December 2012

Kurikulum Dini, Tahfiz akan diikrtiraf

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Kementerian Pelajaran sedang dalam proses mengiktiraf kurikulum Dini dan kurikulum Tahfiz yang digunapakai di Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai kurikulum kebangsaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu bagaimanapun masih lagi di peringkat perundangan kerana ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Raja-Raja Melayu.

"Sekiranya selesai dari segi perundangan, maka kita (kerajaan) dapat mengiktiraf kurikulum Dini dan Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan dan barang kali akan memudahkan lebih banyak SAN dan SAR dinaiktaraf sebagai Sekolah Agama Bantuan Rakyat (SABK),” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. Arifin SM. Omar berkenaan langkah kerajaan dalam memartabat SAN dan SAR, di Dewan Negara hari ini.

Katanya, sebaik SAN dan SAR berdaftar sebagai SABK, pelbagai insentif dan bantuan yang diperuntuk kerajaan, boleh dinikmati mereka.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment