My Add

Tuesday 4 December 2012

Lagi kes khianat, sebuah kereta dan tujuh motosikal dibakar

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Disember, 2012, : Penghuni flat Taman Sri Kuching di sini gempar apabila mendapati tujuh buah motosikal dan sebuah kereta hangus terbakar di kawasan perumahan mereka pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner Zakaria Pagan berkata, kejadian kira-kira 4 pagi itu dipercayai bermotifkan khianat dan polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab.

"Kita sedang mengenal pasti suspek dan kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat atau berada di tempat kejadian agar menghubungi balai polis berdekatan," katanya kepada Bernama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan api.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata bomba menerima panggilan dari orang ramai kira-kira jam 4.54 pagi mengenai kebakaran sebelum berjaya memadamkannya 20 minit kemudian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment