My Add

Tuesday 18 December 2012

Laksanakan dasar PM dengan amanah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu setiap polisi serta dasar pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan dengan penuh amanah oleh setiap mereka yang bertanggungjawab.

Beliau yakin Perdana Menteri ikhlas dalam melaksanakan setiap polisi terutama dalam usaha membangunkan negara namun setiap kejayaan tetap bergantung kepada sejauh mana nilai amanah yang dipegang di peringkat pelaksana.

Harussani berkata, Perdana Menteri tidak mampu untuk memantau semua arahan yang telah diberikan dan atas sebab itu setiap pelaksana perlu jujur dan sentiasa mempunyai hasrat untuk mencari keredaan Allah SWT.

''Saya yakin setiap polisi serta dasar yang diperkenalkan Najib benar-benar ikhlas. Namun, saya cukup mengambil berat tentang kejayaannya di peringkat pelaksanaan.

''Saya juga ada didatangi oleh pihak tertentu dan menceritakan masalah dihadapi. Oleh itu, sebagai pelaksana yang bertanggungjawab, kita wajib menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dengan niat untuk mencari keredaan Allah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan kebimbangannya terhadap komitmen di pihak pelaksana dalam menjalankan setiap polisi dan dasar yang telah ditetapkan oleh pemerintah.

Mengulas lanjut Harussani mengingatkan semua pihak agar jangan lupa bahawa kepimpinan paling atas boleh jatuh disebabkan orang yang berada di sekelilingnya.

Sehubungan itu, beliau menekankan agar setiap pegawai mahu pun kakitangan yang berada di peringkat pelaksana menjalankan tugas dengan amanah dan jujur.

''Sebagai orang yang lebih tua insya-Allah saya akan memberi teguran dan nasihat termasuk yang berkaitan dengan kelemahan di peringkat kerajaan dan parti memerintah.

''Tunjukkanlah kepada rakyat bahawa kita memegang prinsip kepimpinan melalui teladan,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment