My Add

Tuesday 18 December 2012

Langat 2: 200 kilang dijangka gagal beroperasi

TANJUNG KARANG, ISNIN. 17 Disember, 2012: Keengganan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan mengakibatkan 200 buah kilang di negeri ini gagal beroperasi menjelang 2014.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan kerajaan negeri itu bukan sahaja bakal mengakibatkan bekalan air terputus, malah turut menutup peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Beliau berkata, 200 kilang tersebut tidak dapat beroperasi ekoran kekurangan bekalan air.

"Tindakan kerajaan negeri itu hanya akan menyusahkan rakyat dalam pelbagai aspek. Perlu diingat selain air, peluang pekerjaan juga penting untuk rakyat pada masa depan.

"Projek Langat 2 sudah lama tergendala, terowong sudah siap dan apa yang diperlukan sekarang hanyalah persetujuan mereka dalam melaksanakan projek berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment