My Add

Wednesday 12 December 2012

Lebih 400 penderma darah diperlukan setiap hari di Lembah Klang

KUALA LUMPUR, RABU, 12 Disember, 2012: Pusat Darah Negara memerlukan antara 400 hingga 450 penderma darah setiap hari bagi menampung keperluan darah di Lembah Klang.

Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Roshida Hassan berkata, permintaan daripada hospital kerajaan dan swasta yang memerlukan darah adalah kira-kira 3,000 unit darah merah seminggu.

"Semua jenis darah iaitu A, B, O dan AB diperlukan kerana pesakit terdiri daripada pelbagai golongan dan berbeza kumpulan darah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dr Roshida berkata, setiap pendermaan boleh membantu menyelamatkan tiga nyawa dan setiap darah mempunyai jangka hayat terhad iaitu darah merah sehingga 42 hari, platelet (lima hari) manakala plasma yang dibekukan boleh bertahan selama dua hingga tiga tahun.

Mengenai kesedaran masyarakat untuk menderma darah, beliau berkata, sungguhpun kesedaran itu semakin meningkat, namun selari dengan perkembangan pesat dalam rawatan perubatan, permintaan untuk darah juga turut meningkat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment