My Add

Tuesday 25 December 2012

Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan di Pantai Timur

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 Disember, 2o12: Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.

Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

Menuut BERNAMA,di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.

Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang kini masih melepasi paras bahaya walaupun dilaporkan susut sedikit berikutan tiada hujan sejak malam tadi.

Jumlah mangsa banjir Pahang meningkat

Sementaea itu jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila sebanyak 1,839 orang ditempatkan di 12 pusat pemindahan di sini, Rompin dan Pekan hari ini, lapor UTUSAN.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis negeri, sehingga pukul 12 tengah hari, bandar ini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,632 orang ditempatkan di 10 pusat pemindahan di sini.

Katanya, Pekan mencatatkan seramai 150 orang diikuti Rompin, 57 orang dengan masing-masing satu pusat pemindahan dibuka di kedua-dua daerah itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment