My Add

Saturday 15 December 2012

Lelaki amuk di sekolah bunuh ibunya dahulu

NEWTOWN, Connecticut, SABTU, 15 Disember, 2012: Lelaki yang menembak mati 26 orang termasuk 20 kanak-kanak di sebuah sekolah rendah, dilaporkan bertindak membunuh ibunya terlebih dahulu di rumah mereka di sini.

Adam Lanza, 20, yang dipercayai membawa dua pucuk pistol ketika mengamuk di Sekolah Rendah Sandy Hook di sini, kemudian bertindak membunuh dirinya.

Pihak berkuasa berkata, jumlah mereka yang mati dalam kejadian itu adalah 28 orang termasuk Lanza.

Insiden itu merupakan kejadian tembakan paling tragis dan keempat berlaku dalam tempoh lima bulan di Amerika Syarikat (AS). - Agensi

No comments:

Post a Comment