My Add

Monday 10 December 2012

Lelaki dikhuatiri lemas di Empangan Teluk Bahang

GEORGE TOWN, ISNIN, 10 Disember, 2012: Seorang pembantu teknikal dikhuatiri lemas selepas dilapor hilang ketika berlangsungnya Kejohanan Perahu Naga Pulau Pinang, di Empangan Teluk Bahang, dekat sini semalam.

Jacob Issac Fletcher, 19, dikatakan terjun dari pelantar tempat perlepasan pertandingan pada 1 petang dan berenang seketika sebelum tenggelam ke dasar empangan yang sedalam 46.4 meter itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Hatta Md. Zain berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa membabitkan lebih 50 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelemat, Agensi Penguatkuasaan Maritim, polis marin dan 20 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang merupakan peserta kejohanan.

"Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi menyelamat terpaksa dihentikan pada 7 malam kerana hari semakin gelap,” katanya ketika dihubungi di sini.

Penganjur kejohanan bertindak menghentikan pertandingan perahu naga itu sejurus insiden berlaku.

Hanya 15 dari 25 kumpulan sempat menamatkan perlumbaan dalam pertandingan selama dua hari, bermula semalam itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment