My Add

Tuesday 18 December 2012

Lelaki disyaki dera kanak-kanak sehingga mati ditahan

ALOR SETAR, SELASA, 18 Disember, 2012: Polis hari ini menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sehingga mati di Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V. Saravanan berkata suspek ditahan pukul 3 pagi selepas polis mempunyai bukti kematian Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar akibat didera.

Hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak tersebut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati selain kesan lebam pada anggota badan dan kesan cubitan pada kemaluan, ususnya juga cedera teruk manakala pankreas putus, katanya kepada pemberita, di sini.

Dalam kejadian semalam, Muhammad Faiz yang dijaga teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya di sini, dikatakan tidak sedarkan diri dan dibawa ke sebuah klinik berhampiran namun disahkan meninggal dunia.

Menurut ibu mangsa, Norhafiza Othman, 25, ketika kejadian beliau sedang bekerja di sebuah restoran di Jalan Pegawai di sini dan meminta teman lelakinya itu menjaga kanak-kanak berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

"Dalam pukul 3.30 petang dia (teman lelaki) telefon beritahu anak saya tak bernyawadan dia bawa anak saya naik motor ke tempat kerja saya. Lepas itu saya bawa ke klinik berhampiran dan doktor cakap anak saya dah meninggal.

"Lepas tu saya bawa pergi HSB dan doktor sahkan anak saya dah sejam meninggal," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Rumah Pangsa Simpang Kuala di sini hari ini.

Menurutnya, arwah anak tunggalnya itu seorang yang aktif, periang dan petah bercakap.

Bernama difahamkan satu laporan polis pernah dibuat terhadap suspek pada Ogos lepas kerana disyaki mendera kanak-kanak itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment