My Add

Monday 24 December 2012

Lelaki ditahan selesai dua kes pecah rumah

IPOH, ISNIN, 24 Disember, 2012: Polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah kedai di sekitar bandar raya ini berikutan penahanan seorang lelaki yang sedang memecah masuk sebuah kedai kasut di Taman Ipoh Selatan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, maklumat mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 4.30 pagi.

"Polis merampas pelbagai barangan daripada suspek iaitu lima pemutar skru, satu pencungkil tayar 10 inci, satu beg silang warna coklat jenama chevy, wang tunai berjumlah RM1,236, pemetik api, satu kotak pam kaki, beg, tukul besi, sehelai kain warna kuning dan satu beg warna hitam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, modus operandi suspek yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu ialah bergerak secara solo dan memecah masuk kedai yang disasarkan menggunakan pemutar skru. Lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan berdasarkan keputusan ujian saringan air kencing, suspek negatif dadah, katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment