My Add

Friday 7 December 2012

Lelaki Indonesia hadapi 47 pertuduhan

ALOR GAJAH, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Seorang lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Pati, Machap Umbo di sini hari ini atas 47 pertuduhan termasuk memalsukan dokumen, mempunyai cop palsu keluar masuk ke negara ini dan memiliki pasport orang lain tanpa kebenaran.

Buyamin Selamat, 43, yang memiliki taraf penduduk tetap negara ini didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Tangga Batu, Tanjong Kling dekat sini pada pukul 9.05 pagi, 27 April lalu.

Tertuduh menghadapi 14 pertuduhan di bawah Seksyen 55D Akta Imigresen 1965/63 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 dan penjara sehingga 10 tahun dan sebatan sehingga enam kali.

Di bawah seksyen tersebut, dia antara lain didakwa membuat dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara dan membuat Visa Kemasukan Pelbagai yang tidak wujud dalam Sistem Visa Pas (SVP3) Jabatan Imigresen Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment