My Add

Thursday 6 December 2012

Lelaki maut ditembak di warung di Batu Caves

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Seorang lelaki peniaga besi buruk maut selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali di sebuah warung di hadapan kilang Simen YTL Batu Caves, dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Rosly Hassan berkata, ketika kejadian 12.30 pagi, M Siva Murugesan, 32, dari Kampung Wira Damai Jalan Sri Gombak sedang minum bersama seorang rakan di warung berkenaan telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Suspek yang memakai topeng ski, berseluar jeans warna biru, kemeja-T warna putih belang biru serta berkulit gelap.

"Ketinggian suspek lebih kurang 175cm dan berbadan tegap, datang ke arah mangsa dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment