My Add

Wednesday 5 December 2012

Lelaki tidak mengaku samun salon

KOTA BHARU, SELASA, 04 Disember, 2012: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima tuduhan termasuk melakukan rompakan bersenjatakan pisau dan pistol tiruan di sebuah salon di Kuala Krai pada hujung bulan lalu.

Wee Pin Pin, 27, dari Taman Seri Remah, Tanah Merah membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Pin Pin didakwa di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu merompak Kedai Dianey Unisex Hair & Beauty Centre, Jalan Guchil, Kuala Krai di sini antara pukul 2 petang dan 5.30 petang, 27 November lalu.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah Norshuhadah Mohd. Razali, Asma Rozali, Nazirah Isa dan Lim Kem Tau pada masa, tarikh dan tempat yang - UTUSAN

No comments:

Post a Comment