My Add

Tuesday 11 December 2012

LHDN kutip RM115b

Oleh THOMAS CHONG
 
 *DR. Mahathir Mohamad disambut oleh kakitangan Lembaga Hasil Dalam 
Negeri (LHDN) ketika tiba dalam majlis Taklimat Eksklusif Bicara
 Negarawan di bangunan LHDN Cyberjaya, semalam. - BERNAMA

CYBERJAYA, ISNIN, 10 Disember, 2012: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya memungut hasil sebanyak RM115 bilion setakat minggu lalu.

LHDN sebelum ini mengunjurkan kutipan hasil sebanyak RM110 bilion tahun ini berbanding RM109.67 bilion pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar juga yakin pihaknya akan berjaya meningkatkan jumlah kutipan kepada RM123 bilion menjelang akhir tahun ini.

"LHDN pada 2011 telah berjaya memecah kebuntuan pungutan cukai dua digit bilion dan bergerak kepada tiga digit bilion dengan kutipan sebanyak RM109.67 bilion, iaitu kutipan tertinggi dalam sejarah percukaian negara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment