My Add

Friday 7 December 2012

Lima suspek yang ditahan mungkin pada kaitan Geng Mamak - polis

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Polis tidak menolak kemungkinan lima lelaki yang ditangkap semalam selepas merempuh sekatan jalan raya berhampiran Water Front City, Ampang mempunyai kaitan dengan "Geng Mamak".

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata ini kerana siasatan awal mendapati semua suspek yang mempunyai rekod jenayah, bukan sahaja terbabit dalam pecah rumah tetapi juga samun kenderaan seperti modus operandi Geng Mamak.

Ini berdasarkan penemuan beberapa nombor pendaftaran kenderaan daripada suspek, malah kereta Mercedes-Benz yang diguna semalam juga dilapor dicuri di Petaling pada 2009, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek mempunyai rekod jenayah antaranya membabitkan kes curi kenderaan, pecah rumah, samun bersenjata, rusuhan serta curi dalam bangunan.

"Tiga daripadanya juga adalah "wanted" termasuk suspek yang cedera di bahu kiri selepas ditembak semalam," katanya menambah kumpulan itu mungkin aktif sejak 2009. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment