My Add

Tuesday 4 December 2012

Liwat: Buruh dijel 10 tahun, lima sebatan

KUCHING, ISNIN, 03 Disember, 201: Seorang buruh dihukum penjara 10 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di dalam sebuah tandas awam minggu lalu.

Hakim Alwi Abdul Wahab menjatuhkan hukuman tersebut selepas Salmi Bodul, 22, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Salmi dari Spaoh, Betong didakwa meliwat mangsa di dalam tandas awam bangunan OCBC Khoo Hun Yeang, Jalan Ban Hock di sini pada pukul 3.10 petang, 26 November lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebat jika sabit kesalahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment