My Add

Monday 17 December 2012

Longgarkan syarat kemasukan bidang jururawat

BAGAN SERAI, AHAD, 16 Disember, 2012: Kerajaan diminta melonggarkan syarat kemasukan minimum bagi mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan di Bukit Merah Laketown Institute of Allied Health Sciences (BMLIAHS) bagi membolehkan lebih ramai pelajar, khususnya dari luar bandar mengikuti kursus itu.

Pengerusi Lembaga Pengelola BMLIAHS, Tan Sri Dr. Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, syarat minimum lima kredit termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik berkuatkuasa sejak Julai 2010 dianggap membebankan penuntut lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya faham sekiranya ketika ini sudah terlalu ramai graduan dalam bidang kejururawatan, tetapi saya juga bersimpati dengan nasib anak-anak di luar bandar termasuk di estet yang mendapat keputusan sederhana dalam SPM.

"Sehubungan itu saya cadangkan agar syarat lima kredit tersebut dikekalkan tetapi hanya mengambil kira lulus mata pelajaran Sains dan Matematik. Kerajaan juga boleh melonggarkan dengan setidak-tidaknya lima kredit dan ia melibatkan salah satu subjek Sains atau Matematik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment