My Add

Wednesday 12 December 2012

LPT2 catat 290 kemalangan sejak dibuka setahun lalu

KUALA TERENGGANU, RABU, 12 Disember, 2012:: Sebanyak 290 kes kemalangan dilapor berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi laluan Bukit Besi-Ajil-Gemuruh sejak dibuka September tahun lalu hingga Oktober tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib berkata, daripada jumlah itu, satu kes membabitkan kematian membabitkan penunggang motosikal.

"Daripada jumlah itu, 66 kes kemalangan di lebuh raya itu disebabkan faktor persekitaran termasuk perlanggaran dengan haiwan, 209 kes disebabkan kecuaian pemandu manakala 15 kes disebabkan masalah mekanikal kenderaan.

"Daripada keskemalangan itu, yang paling banyak direkod ialah kes kemalangan disebabkan kecuaian pemandu iaitu sebanyak 209 kes," katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd Nawawi Ismail (BN-Kuala Berang) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk mengatasi masalah kemalangan yang berlaku di lebuh raya berkenaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini, hari ini.

Za'abar berkata, kerajaan sudah mengambil pelbagai langkah bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan bantuan juruperunding bagi membaiki dan mengenal pasti punca dan lokasi yang sering berlaku kemalangan.

Antaranya, pihak bertanggungjawab memastikan tiada haiwan ternakan berkeliaran di LPT2 selain kerosakan aset di lebuh raya itu diatasi segera, katanya.
Za'abar berkata, pengguna lebuh raya juga dinasihat menggunakan kemudahan hentian sebelah Bukit Besi dan kawasan rehat Ajil untuk rehat seketika jika penat atau mengantuk. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment