My Add

Friday 14 December 2012

Lupakan Piala Suzuki AFF, tumpu Piala Asia

SEPANG, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal meminta anak buahnya supaya melupakan episod duka kekalahan kepada Thailand pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, semalam.

Beliau sebaliknya menuntut komitmen kesemua pemain skuad Harimau Malaya itu untuk memberikan fokus sepenuhnya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula Februari depan.

"Saya mahu (semua pemain) lupakan (kekalahan) pada Piala AFF Suzuki dan fokus kepada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di mana kita akan bertandang ke Qatar untuk perlawanan pertama," katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba bersama skuad kebangsaan dari Bangkok di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment