My Add

Saturday 8 December 2012

Lynas buktikan operasi selamat

 
*ISMAIL Bahari menunjukkan bacaan radioaktif yang rendah pada tanah jarang atau dikenali sebagai nadir bumi di kilang Lynas, Kuantan, semalam.

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
KUANTAN, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Bagi membuktikan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng di sini menjalankan operasi dengan selamat, seramai kira-kira 50 penduduk dan pengamal media diberi peluang melihat demonstrasi risiko radiasi dan memegang sendiri bahan mentah yang digunakan untuk dijadikan nadir bumi.

Semasa sesi itu, Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas, Prof. Dr. Ismail Bahari menunjukkan mengenai potensi dedahan radiasi tanah dikenali sebagai lanthanide concentrate itu yang rendah jika dibandingkan dengan bahan lain seperti amang dan monazite.

Penduduk dari Balok, Gebeng, Beserah, Sungai Ular dan Kuantan itu bukan sahaja teruja, malah berebut-rebut untuk memegang bahan mentah bagi dijadikan nadir bumi itu walaupun tanpa memakai sarung tangan. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment