My Add

Friday 7 December 2012

Lynas: Rayuan tiga penduduk 19 Disember

PUTRAJAYA, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Disember ini rayuan tiga penduduk Kuantan untuk menggantung pemberian Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Advanced Material Plant (LAMP) dalam usaha menghentikan operasi memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Mereka merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan agar pemberian TOL kepada syarikat asing tersebut digantung sementara menunggu permohonan semakan kehakiman dilupuskan.

Permohonan interim (sementara) itu dikemukakan oleh Tan Bun Teet, 64, Syed Talib Syed Sulaiman, 60, dan Hasimah Ramli, 44, mengikut Seksyen 44 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 yang disertai dengan sijil perakuan segera. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment