My Add

Saturday 15 December 2012

M lancar program kebajikan veteran tentera

KUALA KANGSAR, SABTU, 15 Disember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang menggariskan tujuh inisiatif bagi menjaga kebajikan dan memperkukuhkan tahap sosio-ekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tujuh inisiatif berkenaan ialah Program Penempatan Kerja untuk Veteran; Program Bimbingan Usahawan Veteran; Program Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) oleh Industri; Kad Privilege 1Malaysia; Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia; Program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia serta Program Membaikpulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia.

Najib berkata, 1MVRP adalah satu lagi produk 1Malaysia yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Beliau berkata, program berkenaan akan memberi manfaat kepada semua veteran tentera termasuk 243,500 veteran tentera yang tidak berpencen.

"Ia boleh dianggap sebagai satu lagi produk 1Malaysia yang bertujuan supaya setiap kelompok tidak kira latar belakang, wilayah atau komuniti mesti mendapat sentuhan, faedah dan pembelaan daripada kerajaan," katanya dalam majlis pelancaran program itu di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment