My Add

Friday 21 December 2012

Mahasiswa tidak setuju politik pembangkang

KUALA LUMPUR, KHAMIS. 20 Disember, 2012: Golongan mahasiswa tidak bersetuju dengan pendekatan politik pakatan pembangkang yang membawa isu berasaskan pembohongan dan fitnah.

Merujuk pembohongan dalam isu pembelian kapal selam Scorpene Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Perancis, mereka berkata, tindakan pakatan pembangkang dalam isu itu menggambarkan kepemimpinan mereka yang tidak boleh dicontohi.

Presiden Persatuan Pelajar Fakulti Seni Bina Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Muhammad Shafiq Hassim berkata, pendekatan politik pembangkang hanya mengelirukan masyarakat dan tidak mempunyai hala tuju yang spesifik kepada negara.

"Penuntut universiti tidak bersetuju dengan cara politik pembangkang yang berasaskan pembohongan dan fitnah, malah perkara itu amat dilarang oleh agama.

"Selain itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal menunjukkan pendiriannya yang tetap dan seringkali melakukan putar belit hingga mengelirukan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment