My Add

Tuesday 18 December 2012

Mahkamah denda enam 'Superman'

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
 
 *MOHAMAD Fakrul Akimie Alia (kanan) bersama rakan-rakannya dikenakan
hukuman denda atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya di
Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, semalam.
PETALING JAYA, ISNIN, 17 Disember, 2012: Gara-gara menunjukkan aksi lagak ngeri dengan menunggang motosikal ala Superman, enam mat rempit dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Hezri Shaharin menjatuhkan hukuman denda RM600 ke atas mekanik, Mohamad Fakrul Akimie Alia, 19, dan RM500 terhadap lima lagi remaja bawah umur yang lain selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Mahkamah juga memerintahkan mereka dipenjara lima hari sekiranya gagal membayar denda.

Kesemua mereka yang tidak diwakili peguam dituduh menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara bahaya, gopoh dan melulu dengan melakukan aksi zig-zag ala Superman yang boleh membawa bencana kepada orang lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment