My Add

Thursday 13 December 2012

Mahkamah tolak rayuan tiga pemimpin PKR

PULAU PINANG, RABU, 12 Disember, 2012: Permohonan untuk mendapat kebenaran merayu oleh tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masing-masing diperintah membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 29 November lalu.

Ketiga-tiga defendan itu ialah Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar, Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam, Jab Samat dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin.

Peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar yang mewakili Aminah berkata, sehubungan itu, pihak defendan perlu mematuhi notis perintah mahkamah yang dihantar pada 3 Disember lalu supaya mereka membayar ganti rugi tersebut.

‘‘Kita akan memohon di mahkamah selewat-lewatnya minggu depan untuk menguatkuasakan pelaksanaan penghakiman ini ke atas ketiga-tiga defendan,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment