My Add

Tuesday 25 December 2012

MAIK keluar surat rasmi pada 1981

KOTA BHARU, ISNIN, 24 Disember, 2012: Teguran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terhadap Amanat Haji Hadi yang dibuat menerusi surat rasmi pada 1981, adalah fatwa yang masih terpakai sehingga sekarang.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) berkata, teguran itu dibuat hasil mesyuarat Jemaah Ulama MAIK yang dipengerusikan oleh Mufti Kelantan yang kelapan, Allahyarham Datuk Mohd. Noor Ibrahim bagi membincangkan isu kafir mengkafir sesama Islam.

Katanya, Jabatan Mufti telah melakukan tanggungjawab mengeluarkan fatwa dan nasihat manakala sebarang pelanggaran terhadap keputusan itu bergantung kepada pihak berkuasa atau Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan.

“Orang sering bertanya apa tindakan Jabatan Mufti apabila timbul sesuatu isu, tetapi mereka tidak faham kami hanya boleh mengeluarkan fatwa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment