My Add

Monday 24 December 2012

MAIK pernah tegur Hadi tuduh UMNO kafir

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU, AHAD, 23 Disember, 2012: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pernah mengeluarkan surat rasmi menegur Amanat Haji Hadi dan membidas fatwa-fatwa dalam amanat itu yang menuduh ahli UMNO sebagai kafir.

Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Gerakan Tukar), Kamarudin Kasim berkata, teguran tersebut dibuat selepas mesyuarat khas oleh MAIK yang turut dihadiri Mufti Kelantan ketika itu selepas berlaku perpecahan dalam kalangan orang Melayu berikutan amanat tersebut.

Sehubungan itu pihaknya mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan tersebut dan berharap agar penyokong tegar parti terbabit kembali ke pangkal jalan.

Kamarudin yang hadir di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini turut menyerahkan salinan surat teguran itu yang dikeluarkan Yang Dipertua MAIK ketika itu, Datuk Wan Mohamed Yusuf sebagai bukti untuk disebarkan kepada rakyat. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment