My Add

Saturday 22 December 2012

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan bantah tindakan Menteri Besar

MACHANG, jumaat, 21 DisEMBER, 2012: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) hari ini mengadakan perhimpunan secara aman serta membuat laporan polis berhubung tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP.

Bantahan tersebut disertai seramai 200 ahli MTRK Machang, manakala laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pengerusinya Kamaruddin Abd. Kadir di Balai Polis Pulai Chondong kira-kira pukul 8.42 pagi ini.

Kamaruddin berkata, laporan tersebut dibuat supaya polis menyiasat Menteri Besar Kelantan itu berhubung dakwaan tawaran tanah yang melebihi RM30 juta kepada dua ADUN DAP dari Sitiawan dan Pantai Remis, Perak iaitu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment