My Add

Wednesday 12 December 2012

Malaysia antara pasaran tenaga kerja mahir terbaik ASEAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pasaran tenaga kerja mahir terbaik di ASEAN berikutan tenaga kerja tempatan terlatih dan mudah dilatih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, laporan bank dunia juga menunjukkan statistik tenaga kerja tempatan berkurangan di dalam bidang yang melibatkan tenaga kerja kurang mahir.

"Malah setakat ini, maklum balas yang saya terima daripada semua syarikat luar yang melabur di negara ini adalah sangat baik. Ini juga merupakan antara faktor syarikat berkenaan berasa selesa untuk melabur di Malaysia.

"Kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan tenaga kerja mahir dengan menyediakan kemudahan kepada mereka menerusi lebih peluang pekerjaan dalam bidang berkemahiran tinggi bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment