My Add

Saturday 15 December 2012

Malaysia destinasi pelaburan strategik, terbaik ASEAN

MUMBAI, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Reliance Group, syarikat swasta terbesar di India menyifatkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan strategik dan terbaik di ASEAN setakat ini.

Presiden Reliance Industries, R.D. Udeshi berkata, Malaysia bukan sahaja mempunyai kestabilan politik, dasar pelaburan yang efisien dan infrastruktur terbaik tetapi juga memiliki agensi pelaburan yang sangat komited.

"Syarikat kami cukup kagum dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Agensi ini sangat proaktif.

"Kalau kami mempunyai masalah dengan bekalan elektrik, gas atau tenaga buruh, MIDA akan menangani dengan cepat dan cekap,

"MIDA bagi kami adalah agensi tunggal yang cukup cemerlang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini selepas sesi pertemuan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment