My Add

Tuesday 4 December 2012

Malaysia hab latihan juruterbang helikopter

PETALING JAYA, ISNIN, 03 Disember, 2012: Malaysia bakal menjadi hab latihan bagi juruterbang dan anak kapal helikopter jenis EC225 dan EC725 di rantau Asia Pasifik tidak lama lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan akan menjadi kenyataan selepas kerjasama antara Eurocopter Malaysia (Eurocopter) dengan syarikat perkapalan, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) bagi mendirikan pusat simulator helikopter serantau di Subang dilaksanakan.

"Kontrak kita bersama Eurocopter telah membuka satu lembaran baru dalam industri pertahanan negara. Perjanjian tersebut membawa teknologi bernilai dan berfaedah terhadap usaha kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020.

"Kontrak, termasuk 13 projek kerjasama komprehensif berkenaan akan meningkatkan lagi kemahiran dan keupayaan strategik dalam bidang aeronautikal negara, di samping pembangunan pendidikan latihan dengan penglibatan universiti tempatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment