My Add

Friday 7 December 2012

Malaysia hantar bantuan kepada mangsa Taufan Bopha

PETALING JAYA, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Malaysia hari ini menghantar bantuan makanan serta keperluan lain bernilai RM350,000 kepada mangsa taufan Bopha yang melanda wilayah selatan Filipina Isnin lepas.

Bantuan seberat 13 tan metrik itu dihantar menggunakan pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas bersama 16 sukarelawan daripada Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan warga media.

Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay hadir di Pangkalan TUDM Subang di sini bagi mengucapkan selamat jalan kepada anggota misi yang dijadual kembali ke tanah air esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment