My Add

Tuesday 18 December 2012

Malaysia-Indonesia kaji semula pengambilan amah

PUTRAJAYA, SELASA, 18 Disember, 201: Persefahaman antara Malaysia dan Indonesia berkaitan pengambilan pembantu rumah Oktober tahun lalu akan disemak semula.

Perkara itu diputuskan dalam rundingan tahunan kali kesembilan antara Malaysia dan Indonesia di sini yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawat Susilo Bambang Yudhoyono.

Mesyuarat turut bersetuju untuk meningkatkan keselamatan maritim di sempadan kedua-dua negara selain menyasarkan perdagangan bernilai RM30 bilion menjelang 2015. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment