My Add

Thursday 20 December 2012

Malaysia mahu muktamad FTA ASEAN-India

Daripada Mohd Kamil Yusuff

NEW DELHI, RABU, 19 Disember, 2012: Malaysia sebagai negara penyelaras rundingan dalam pelbagai perjanjian antara ASEAN dan India berharap dapat memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-India dalam bidang perkhidmatan dan pelaburan pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari yang berlangsung di sini, mulai esok.

Hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama menteri-menteri ekonomi ASEAN mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan, Industri dan Tekstil India, Anand Sharma untuk menyelesaikan beberapa ‘perselisihan’ sebelum memuktamadkan perjanjian tersebut.

Perjanjian itu yang apabila dilaksanakan nanti akan menyediakan syarikat Malaysia dan India akses pasaran yang lebih baik untuk perdagangan barangan dan perkhidmatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment